Instagram

Twitter

Tuesday, July 30, 2013

Dia.

Assalamualaikum. Bismillah.


She's my Ayu Lestari Atnasi. I love you, ndek.

Dalam apa jua yg aku buat, dengan siapa aku berkawan, kau tetap utama, paling penting bagi aku. Jangan pergi jauh sebab bagi aku, kau semangat aku untuk aku bangun bila aku jatuh. Kau yang selalu hulurkan tangan untuk sambut aku tika aku jatuh. Kau yang seka air mata yang jatuh, walau dari jauh. Kau yang selalu cari pasal, cari gaduh untuk buatkan hubungan kita lebih baik dari sebelumnya lepas sesi pujuk memujuk. Dan kau yang paling lama bertahan terus sayang aku, walaupun dah macam macam jadi dan banyak kali gaduh. Maaf andai aku masih belum jadi yang sempurna, masih ada kekurangan. 

Bila dengar suara comel, suara garang kau. Bila dapat gambar gambar kau. Bila stalk facebook, insta dan twt kau. Bila usha last seen whatsapp. Bila kau mengada dengan aku. Bila kau asyik cakap kau nak aku. Bila kau dengan aku, tak kira dalam phone atau dalam mimpi, aku tersenyum, menangis kerana rasa rindu dan sakitnya sebab perlu jauh dari kau. Jangan pergi jauh.

Andai nanti kau temukan yang lebih indah dari aku, aku doakan kau sentiasa tersenyum. 
Andai nanti kau bahagia, jangan lupakan aku.
Andai nanti kau tersenyum, jangan lupakan senyum aku.
Andai nanti kau menangis, carilah aku kerana aku ada untuk kau.
Andai nanti kita terpisah, kau adalah anugerah dan manusia terindah bagi aku.

Jaga diri. Aku sayang kau. Sentiasa. Tak pernah satu saat kau hilang dari minda dan hati aku.
Jaga hati. Sebagaimana aku jaga hati aku dalam dua tahun ni dan kekalkan kau satu satunya dalamnya.
Jaga mata. Sebagaimana mata aku dijaga untuk melihat kau.
Jaga mulut. Sebagaimana aku jaga mulut aku untuk tak luahkan rasa sayang pada orang lain kecuali kau.
Jaga semua. Jaga baik baik. Jangan hancurkan hati ni.

Aku tunggu. Menunggu hari dimana kau dan aku boleh bertentang mata buat pertama kali. Menunggu hari dimana setiap tawa, senyum, tangis, dan perangai comel dan annoying kau mampu aku lihat depan mata aku sendiri. Aku tunggu. Tak kira bila kau jauh dan pergi dari aku, aku tetap tunggu. Tak kira bila aku penat, lelah dan sakit kerana kau. Aku tetap akan tunggu.

Pakwe, makwe, kawan baik, musuh, teman manja, penasihat, cikgu, buah hati, kesayangan, sahabat, everything, semua kau, Ayu Lestari Atnasi. Tetaplah dihati. Ingat lagi ayat tu? Sayang kau.

Yang jauh dari mata, dekat dihati. Jaga diri. Assalamualaikum.