Instagram

Twitter

Friday, June 21, 2013

Hujan.

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t :')

Hari ni Khamis, lagi 15min nak masuk Jumaat. Kalau masuk Jumaat, means dah 4 hari awak buang saya. Kan, awak? Takda sesaat atau sehari pun saya boleh lalui tanpa dengar vn awak, tengok video awak, gambar awak, screengrab conversation kita :')
Sakit untuk melepaskan, perit untuk dilupakan. Tapi, andai tu yang membuatkan awak cukup bahagia, its okay :') Air mata yang telah mengalir selama ni dan yang sedang mengalir ni, jatuh sebab nak tengok awak bahagia. Jangan risaukan saya. Saya kan kuat :'D
Berat hati nak publish post ni, tapi sebab kuat, jadi publish jugak. Hihii :')

Ingat macam mana kita kenal? Laman Mlife tempat pertama kita kenal, masa tu takda lah rapat kan? Saya pun bukan suka awak masa tu, awak pun sama tak suka kan saya, kan............. Kan? Eleh. Ngaku cepat!
Haha. Tak selalu walling, then bila awak tegur saya, awak selalu cakap 'Jyy sombong' Lepastu awak acah acah merajuk. Ingat? Tak kot :') Tapi saya ingat :'D Lepastu kawan kawan kawan dan kawan, entah macam mana kita boleh lost contact. Saya pun suka close account. Hahaa :')

Dipendekkan cerita, awak muncul balik, awak dengan 'kakak' tu, haha, then break, time tu pulak kita rapat, jadi saya lah dikatakan punca awak berdua putus. Hahaa, yeke awak? Yeke? Haha :'D Lepastu, saya nak pendekkan cerita lagi, bila saya tahu tentang siapa awak yang sebenar :'D Hahaa, time tu kan awak, saya tak marah, tapi saya gembira sebab saya memang dah agak benda tu, cuma awak tu yang kedekut sangat nak berahsia lah konon? Haha.

021011, hari Khamis tak salah saya, dalam jam 4pm, awak lamar saya jadi girlfriend awak. Huuuu time tu saya dekat RnR Juru. Berbunga bunga hati. Hahaa tapi lepas ja declare, macam macam dugaan kan? Tapi kita tetap ada untuk satu sama lain. Bila gaduh, tak kira gaduh manja atau perang dunia, mesti baik balik kan? Cuma............. Kali ni saya tengok hati awak dah keras. Yelah, mungkin dah terlalu penat dan tak larat nak hadap semua ni dah. Saya taknak salahkan awak, sebab saya bahagia dengan awak. Walaupun ego awak melebihi segalanya, saya ikhlas tersenyum sekarang untuk kebahagiaan awak :')

Dan............ Walaupun sejam sebelum awak putuskan hubungan ni, awak berjanji sekali lagi yang awak takkan tinggalkan saya, tapi awak pergi jugak :') Takpa lah, saya terima. Tadi pun saya stalk awak, nampak awak tweet rindu rindu tu semua, walaupun saya tahu semua tu bukan untuk saya, tapi mungkin untuk followers awak, tapi tetap terasa gembira hati ni, tapi............ Tak lama lepas tu, saya nampak lagi tweet awak yang taknak saya kembali pada awak. Kalau sebelum ni saya pernah dikecewakan oleh Ashraf, dan saya kuat bila awak muncul, sekarang awak pergi, nak taknak saya kena cuba kuat kan? Kalau saya tak cuba, payahlah kan?
Walaupun saya taktahu berapa lama masa yang akan diambil untuk lupakan dan jahit balik hati yang tak henti henti berdarah ni, saya kena cuba kan. Untuk kebahagiaan awak, saya cuba. Tapi andai kata saya masih menyimpan rasa sayang tu terhadap awak, biarlah rasa tu cuma saya yang simpan. Bukan senang nak sayang orang dan bukan senang nak lupakan semua.

Dan sekarang saya tengah stalk awak. Sedih.................... Terfikir, lepasni siapa nak teman saya tengah malam? Siapa nak tidurkan saya? Siapa nak spam whatsapp saya banyak banyak bila saya tengah tidur? Siapa nak bukak lagu hindustan bila tengah otp? Siapa nak paksa saya makan ubat? Siapa nak saya luahkan rasa ni bila saya tengah tak okay? Siapa nak buat saya senyum lagi? Siapa nak buat saya rasa semua ni awak? Siapa? :')

Sekarang, hujan yang tinggal untuk saya. Kisah hujan kita. Mungkin awak dah pergi jauh dari saya, tapi kenangan awak tetap ada. Tersusun rapi dalam ingatan saya. Tak banyak yang boleh saya ucapkan, cuma saya harap awak bahagia, andai dapat yang baru, semoga kekal bahagia. Jaga diri awak. Minum air banyak, musim Jerebu tengah teruk sekarang. Jangan jatuh sakit ya , semoga awak bahagia. Maafkan saya sekiranya terlalu banyak salah dan silap selama kita kenal, maaf jugak sekiranya post ni ada mengguris hati awak. Maaf :')

Kesabaran pasti akan membawa kebahagiaan , Assalamualaikum. :')

No comments:

Post a Comment