Instagram

Twitter

Saturday, July 20, 2013

Ashraf Muslim, Noor Dayana dan Wan Sakinah.

Bismillah. Assalamualaikum.


Hari ni entry aku boleh dikatakan agak panas dengan topik pasal Ashraf Muslim yang dikhabarkan sudah menikah buat kali kedua dengan isteri keduanya, Wan Sakinah yang juga merupakan bekas kru produksi televisyen di Thailand pada 7 Julai yang lalu. Ehem, bukan dikhabarkan, tapi menurut akhbar, Ashraf sendiri telah mengaku berkahwin di Thailand. Dengar kata, Noor Dayana yang juga merupakan isteri pertama Ashraf redha dan ikhlas sekiranya Ashraf berkahwin lagi, namun ada sesetengah akhbar yang aku baca lain pulak ceritanya dengan menyatakan yang Noor Dayana tak redha dengan poligami ini. Tapi, siapa kita untuk mengetahui masalah hal rumahtangga orang? Disebabkan Ashraf dikenali masyarakat, semua nak sibuk berkata itu ini walhal perkara ini seharusnya biarlah dirahsiakan sahaja demi menjaga hati banyak pihak. Lagipun, kita taknak fitnah dan cerita tak betul timbul pulak nanti. Wallahualam. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui :)

Buat Noor Dayana, sebagai seorang perempuan, walaupun aku masih belasan tahun tapi aku cuba untuk memahami situasi Noor Dayana. Dilihat dari riak wajahnya yang tenang, aku tahu Noor Dayana sedang diuji dengan dugaan yang sangat berat bagi setiap wanita. Mana ada wanita sanggup berkongsi kasih suami :') Aku harap Noor Dayana kuat, jangan ambil peduli cakap orang, jadikan kata kata tu semangat untuk hari esok. La Tazhan, Noor Dayana. InsyaAllah, Allah ada dengan kita.

By the way, aku sekarang rajin scroll timeline Twitter, and banyak sangat orang post mengenai nukilan yang kononnya dikarang oleh Noor Dayana sendiri walhal nukilan tu dikarang oleh Ana Hawana yang secara tak sengaja mencipta puisi indah ini di laman Facebooknya. Semoga jangan ada yang salah faham lah dengan nukilan tu, kang ada pulak yang fikir Noor Dayana sengaja mencipta nukilan itu dan mengecilkan hati sesetengah pihak. Jangan salah faham ya. Tak dinafikan, puisi yang dikarang oleh Ana Hawana sememangnya indah dan bagi aku makna yang cuba disampaikan melalui puisi ini sangat dalam. 

Dekat bawah ni, aku sertakan puisi tersebut. Bagi yang belum berkesempatan nak membaca, silalah baca dan hayati. Mendalam maksudnya :')

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah... Mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah 
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand...

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan...

Makna yang mendalam dalam setiap ayat yang dikarang. La Tahzan wa La Tahzan, Noor Dayana. Innalaha ma'ana. InsyaAllah :')

So sekian saja entry aku pada kali ni. Mohon maaf andai ada pihak yang terasa hati dengan entry ni. Selamat berbuka puasa, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment