Instagram

Twitter

Friday, July 19, 2013

Further study?

Assalamualaikum. Bismillah.
Alhamdulillah for today. 10 Ramadhan, pada hari Jumaat, penghulu segala hari.
Nampak tajuk entry kali ni? Haa, further study atau dalam bahasa melayu kita ni, sambung belajar. Al-maklumlah, aku ni lepasan SPM tahun 2011. Dan sampai ke hari ni, masih tak sambung belajar. Kenapa?

Kenapa ya...................... Em........

Okay, firstly nak cakap, result SPM aku bukanlah dan tidaklah teruk sampaikan aku ni takboleh nak further study. Sedangkan orang yang result tak seberapa pun boleh sambung study kat IPTS. IPTS nowadays pun dah bersepah kan. Pilih ja mana yang suka, dah boleh sambung study, insyaAllah dapatlah study. Tapi further study ni kalau takda minat pun, susah jugak nanti. So pilihlah course yang korang rasa senang nak bawak and minat untuk belajar course yang korang apply tu. Alhamdulillah result SPM aku ada 5 credits, tapi malangnya yang tambahan (bio, physics, chemistry, add math) tu cuma lulus atas *selamat jugak* haha tapi tidak pada add math. Hiks. Result UPU yang pertama tu, aku tak dapat mana mana tawaran, yelah, sbb aku cuma apply untuk IPTA dan Politeknik Premier. Yang Politeknik ILKA bagai semua tu, aku tak apply. So memang susah lah nak dapat. Aku buat rayuan. Alhamdulillah aku dapat 2nd intake for Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin atau lebih dikenali sebagai PTSS yang terletak di Perlis untuk course Diploma Teknologi Maklumat atau lebih senang aku kata course Pengaturcaraan. Tapi.............. Malang jugak nasib aku, sebab aku check lambat. Bukan lambat sikit, tapi lambat sangat! Aku check dalam sebulan lebih lepas budak budak 2nd intake patut mendaftar. Bayangkan lah, terlepas peluang tu bukan senang nak dapat balik :')

Bila duduk rumah ni, orang selalu tanya ''Tak sambung belajar ke? Takkan tak dapat mana mana?" Haha dan hati aku pun agak terasa jugak lah walaupun senyuman tetap terukir di bibir. Bukan tak dapat, rezeki tu ada, cuma terlepas pandang :')

Siapa yang tak teringin nak sambung belajar kan? Ilmu tu kan wajib dituntut selagi kita mampu. Sedih jugak bila orang ingat kita ni macam teruk sangat sebab tak sambung belajar lagi. Kalau diikutkan hati, dah hembus dah. Haha tapi Alhamdulillah, kesabaran tu ada. Aku bukan tak sedih tengok orang sambung belajar sana sini, gembira bila tengok kawan kawan dapat sambung belajar. Dalam dua tahun lagi, mesti semua graduate. Dah dapat segulung Diploma untuk dibawa pulang :')

Padahal dekat sekolah dulu, akulah yang semangat. Dalam kelas pun berangan nak belajar tinggi tinggi. Bagi aku, berkelulusan SPM sahaja bukanlah teruk, cuma aku kalau boleh nak gapai sekurang kurangnya Diploma dan Degree dalam hidup ni. Tak semestinya perempuan belajar tinggi tinggi, duduk rumah jugak. Siapa kata? Lain orang, lain rezeki. Kalau Allau dah kata "Kun Fa Ya Kun" maka tetap akan jadi, bukan?

*Sebak pulak hati*

Kalau orang tanya, kenapa tak masuk ja IPTS. Ya, IPTS memang jalan mudah. Tapi tak semuanya mudah, yuran course, yuran asrama and so on tu, mana nak cari kalau keluarga hanya dari kedudukan sederhana? PTPTN memang boleh minta, tapi cukup ke kalau dikira kira? Haa. Lagipun aku ni bukanlah dari keluarga yang banyak duit, nak masuk sana, nak masuk sini, semua boleh. Tapi......... Hm biarlah. Pendamkan saja keinginan nak pegang Diploma dan Degree. InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, sambunglah kan? Bukan sekarang ja boleh sambung. Ada orang lain, bila dah 30-an baru terdetik nak sambung belajar balik. Kalau umur panjang, ada rezeki dan sihat tubuh badan, tak mustahil kan aku boleh genggam pen dan belajar balik? Ameen. Doa-doakan lah :)

So............ Sampai sini ja lah entry aku untuk kali ni. Dalam 30 minit lagi, waktu berbuka. Dah lapar dah perut ni asyik bau bihun sup yang Ayah bawak balik hari ni. Hehee. Selamat berbuka ya akhi, ya ukhti :)

p/s: - Pada yang on the way nak SPM ke, tunggu result ke apa ke, make sure belajar betul betul. Peluang tu tak selalu ada untuk kali kedua. Selagi boleh grab, grab! Good luck :) Dan pada semua, jangan pandang rendah atau pandang serong pada orang lain. Tak semua bernasib baik, dan tak semua bernasib malang, bukan? Bersyukur atas rezeki masing masing.

La Tahzan, Innallaha ma'ana. Take care. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment